Bukan senang kan nak mempertahankan hubungan cinta selama 23 tahun lamanya..
Bagi yang tidak mengetahui, pelakon Oh Na-ra sudah pun bercinta dengan kekasihnya selama 23 tahun kini dan berkongsi mengenai rahsia hubungan mereka di saluran YouTube ‘Quickly’.
Jelasnya mengenai personaliti diri,
Saya seorang yang setia. Sekali setia, terus setia. Tak sangka 23 tahun berlalu dengan begitu cepat.
Oh Na-ra turut mengakui bahawa dia tak pernah meminta putus dari teman lelakinya selama hubungan mereka. Meskipun bergaduh, perkataan ‘putus’ tak pernah keluar dari mulutnya,
Kalau pun saya sebut nak putus, kami tahu ianya tak bermaksud begitu.
Korang boleh tak tahan bercinta selama Oh Na-ra dan kekasihnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.