Ikuti Kami:

22 Tahun Bercinta, Kekasih Oh Nara Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘The Sixth Sense 3’

22 Tahun Bercinta, Kekasih Oh Nara Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘The Sixth Sense 3’

Sudah 22 tahun berlalu, namun cinta Oh Na-ra dan Kim Do-hun terus utuh sehingga ke hari ini.

Dalam episod terbaru “The Sixth Sense 3”, kekasih Oh Na-ra telah membuat kemunculan khas. Meskipun tidak hadir dengan sendirinya namun sangat bermakna apabila penonton dapat mendengar suara lelaki itu buat pertama kalinya menerusi rancangan itu memandangkan namanya sering disebut sebelum ini.

oh nara kim dohun

Menerusi salah satu misi, Oh Na-ra mengambil kesempatan untuk menghubungi Kim Do-hun. Apabila disambut dengan panggilan manjanya, pelakon wanita meluahkan rasa malu dan mengatakan,

Oppa!

Soal Oh Na-ra,

Ini pertama kali suara awak masuk televisyen. Saya sedang menjalani rakaman ‘The Sixth Sense 3’. Awak sihat?

Balas Kim Do-hun malu,

Hello. Adakah saya yang palsu?

oh nara yoo jaesuk

Yoo Jae-suk sempat menyelit dan memohon maaf kerana pernah tersilap memanggil namanya dahulu kerana menyangka lelaki itu lebih tua. Pun begitu, Kim Do-hun menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai hal itu.

Bila lah nak jadi tetamu pula? Mesti Oh Na-ra tak senang duduk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...