Ikuti Kami:

22 Tahun Bercinta, Ini Sebab Oh Nara Masih Belum Kahwini Kekasih Hati

22 Tahun Bercinta, Ini Sebab Oh Nara Masih Belum Kahwini Kekasih Hati

Hanya sebut sesekali dalam rancangan hiburan, pastinya ramai ingin tahu mengenai kehidupan cinta Oh Na-ra.

Bukan biasa-biasa kerana wanita ini sudah pun menyulam cinta dengan kekasih, Kim Do-hoon iaitu seorang pelakon muzikal dan profesor selama 22 tahun lamanya. Hebat kan?

Menerusi sebuah temubual beberapa ketika dahulu, pelakon wanita itu ada mendedahkan mengenai perancangan untuk berkahwin,

Saya tidak menolak perkahwinan. Kami mahu berkahwin tapi keduanya selalu sibuk. Kami sering berkata, ‘Mari kita lakukan pada tahun hadapan’, dan akhirnya sama sehingga kini. Bukannya kami memilih untuk tidak berkahwin secara sengaja.

oh nara kim dohunTambahnya lagi, agak sukar kerana lebih 20 tahun sudah berlalu,

Kami akan berkahwin nanti. Saya juga mahu memakai gaun pengantin semasa masih cantik, tapi saya tidak memikirkannya lagi.

Sambil berfikir ‘kami akan lakukannya suatu hari nanti, Oh Na-ra juga berasa perlukah ianya dilakukan memandangkan sudah dua dekad berlalu.

Apabila ditanya mengenai hubungan mereka yang bertahan lama, ahli “The Sixth Sense” itu memberitahu bahawa faktor utama ialah kejujuran.

Walaupun semasa bergaduh, ia akan berlaku dengan tegang. Kami meluahkan segala yang terbuku di hati tanpa menyimpan apa-apa. Kami langsung tak sembunyikan perasaan. Mengharungi naik dan turun selama 20 tahun, ianya sudah menjadi selesa buat kami sampaikan kami memahami masing-masing daripada cara pernafasan sahaja.

oh naraPun begitu, Oh Na-ra mengakui bahawa mereka tidak sepadan seperti yang disangka. Katanya, makanan kegemaran mereka adalah berbeza di mana dia lebih kepada citarasa pelajar sekolah dan taman lelakinya lebih kepada orang tua. Jadi bagi memudahkan urusan apabila mereka keluar makan, siapa yang membayar makanan itu yang akan menentukan apa menunya.

Untungnya Oh Na-ra dapat jumpa Kim Do-hoon yang berada susah senang bersama. Semoga terus berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...