Ikuti Kami:

“Kami Bercinta Secara Rahsia..” – Soyou Kongsi Cerita Soal Bekas Teman Lelaki Selebriti

“Kami Bercinta Secara Rahsia..” – Soyou Kongsi Cerita Soal Bekas Teman Lelaki Selebriti

Baru-baru ini, Soyou telah tampil sebagai tetamu dalam program JTBC “Salty Pawn Shop”, di mana wanita itu ada membuka cerita tentang bekas teman lelakinya.

Dalam siaran itu, Soyou berkongsi bahawa bekas teman lelakinya merupakan seorang selebriti dan mereka harus menyimpannya sebagai rahsia,

Saya pernah bercinta secara rahsia dengan teman lelaki selebriti dan kami pergi ke pantai Incheon. Apabila ingin pulang ke rumah, kereta kami tersangkut dalam pasir di pantai.

Sambungnya lagi,

Memandangkan kami berdua adalah selebriti, kami tidak dapat meminta bantuan sesiapa. Akhirnya, teman lelaki saya menggunakan kasutnya untuk menggali pasir dan saya menolak kereta itu.

soyou sistar

Kemudian ketika berbincang tentang perkahwinan, Soyou akui,

Saya tidak berniat untuk berkahwin sekarang. Saya sebenarnya nak kahwin awal kerana menjadi isteri dan ibu yang baik adalah impian saya.

Semoga Soyou dapat jumpa pasangan yang dapat membahagiakan dirinya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...