Ikuti Kami:

“Awak Tak Patut Cuba” – Soyou Akui Pernah Cuba Kaedah Diet Melampau

“Awak Tak Patut Cuba” – Soyou Akui Pernah Cuba Kaedah Diet Melampau

Baru-baru ini, Soyou telah menjadi tetamu dalam rancangan radio “Kim Shin Young’s Noon Song of Hope”, bagi mempromosikan album solo barunya.

Dalam siaran itu, DJ Kim Shin-young bercakap tentang petua diet Soyou yang sedang menjadi topik hangat kini dengan berkata,

Saya dengar awak makan hanya 4 biji telur puyuh sehari. Mana satu yang lebih mencabar, makan 4 biji telur puyuh atau menggunakan mesin senaman?

Respon Soyou tanpa teragak-agak,

4 biji telur puyuh sehari.

soyou diet

Sambungnya lagi dengan menjelaskan sebabnya,

Saya melakukannya dulu apabila saya benar-benar perlu menurunkan berat badan. Saya ingin mengatakan bahawa awak tidak boleh mencubanya. Pada masa itu, ketika saya berumur 20-22 tahun, saya mempunyai banyak tenaga sehingga saya hanya minum air. Ia adalah untuk menurunkan berat badan, bukan berdiet. Sekarang, saya lebih suka menggunakan mesin senaman dan makan secara sihat.

Paling penting, korang kena ikut cara diet yang sesuai dengan badan korang tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...