Ikuti Kami:

“Bila Awak Makan Banyak Lemak..” – Soyou Kongsi Petua Turun 8KG Berat Badan Tanpa Bersenam

“Bila Awak Makan Banyak Lemak..” – Soyou Kongsi Petua Turun 8KG Berat Badan Tanpa Bersenam

Tidak kiralah sama ada penyanyi atau pelakon, bukan mudah tau untuk menjadi artis di Korea Selatan.

Terbaru pada siaran 25 Julai program “Strong Heart League”, penyanyi Soyou dan Kwon Eun-bi telah tampil sebagai tetamu, di mana mereka ada mendedahkan tentang sistem diet mereka yang melampau.

Dalam siaran itu, Soyou bercerita tentang perjuangannya untuk menurunkan berat badan dengan berkata,

Apabila saya melakukan penggambaran iklan Cola, saya merancang untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan saya dalam lingkungan 50-55KG. Kemudian, saya cuba menaikkannya semula sehingga 65KG tetapi saya hanya berjaya meningkatkannya kepada 62.4KG. Selepas itu, saya mula menunjukkan tanda-tanda obesiti. Jadi dalam masa sebulan lebih, saya turun 8 KG.

Mengenai petua bagaimana dia berjaya menghilangkan 8KG berat badan tanpa bersenam, wanita itu berkongsi,

Saya pergi ke Paris awal tahun ini dan mendapat kecederaan di kaki. Memandangkan ligamennya pecah, saya tidak dibenarkan bersenam selama sebulan. Orang di sekeliling saya memberitahu saya tentang diet Keto, yang mengatakan apabila awak makan banyak lemak, otak awak akan tersilap menggunakan lemak sebagai bahan bakar untuk membakar. Itulah cara saya hampir tidak makan apa-apa karbohidrat dan gula.

soyou

Selain itu, Soyou berkata bahawa ketika diet, dia akan makan telur hancur, avokado, bakon dan minum kopi untuk sarapan pagi dan makan tengahari, serta apa sahaja yang bukan karbohidrat untuk makan malam.

Jelasnya lagi,

Saya juga makan salad tanpa jagung. Saya boleh makan perut dan usus babi, tetapi saya tidak makan mi sejuk. Jika awak mencuba diet Keto, awak masih boleh minum alkohol.

Boleh cuba ni petua Soyou!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...