Ikuti Kami:

“Kami Bercinta 6 Tahun..” – Haha Buat Pengakuan Berani Tentang Hubungan Bersama Bekas Kekasih

“Kami Bercinta 6 Tahun..” – Haha Buat Pengakuan Berani Tentang Hubungan Bersama Bekas Kekasih

Haha telah menceritakan mengenai hubungan percintaannya pada masa lalu.

Pada 7 Januari, episod “Running Man” yang bertemakan ‘perjumpaan tahun baru’ telah dikeluarkan.

Di mana di dalam episod tersebut, Keum Sae-rok dan Noh Sang-hyun yang juga merupakan pelakon utama bagi drama “Sountrack #2” telah tampil menjadi tetamu.

Ditanya mengenai jalan cerita drama itu, Keum Sae-rok telah berkata,

Drama ini mengisahkan tentang seorang cikgu piano yang dah lama berpisah dengan teman lelaki yang paling dia sayangi. Namun, mereka kembali berjumpa dan tinggal di rumah yang sama kerana satu projek muzik.

Mendengarkan keterangan ini, Haha secara tiba-tiba telah membalas,

Wow, saya pun pernah berpisah selepas 6 tahun kami bercinta.

haha running man

Pengakuan Haha tersebut telah mengejutkan kesemua ahli “Running man” yang rata-rata memberi amaran agar dia menyedari bahawa mereka sedang melakukan penggambaran.

Dengan terkebil-kebil, Haha telah menjawab sambil ketawa,

Saya pun tidak tahu apa yang saya katakan.

Ni kalau Byul tonton ni mau Haha kena tidur dekat luar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...