Ikuti Kami:

“Kami Akan Sentiasa..” – Berbelas Tahun Bersama, Park Hyungsik Dedah Hubungan Rapat Dengan Ahli ZE:A

“Kami Akan Sentiasa..” – Berbelas Tahun Bersama, Park Hyungsik Dedah Hubungan Rapat Dengan Ahli ZE:A

Park Hyung-sik telah membuat kemunculan sebagai tetamu di dalam rancangan “Salon Drip 2”.

Di mana dalam rancangan itu dia telah bercerita mengenai lakonannya bersama dengan Park Shin-hye di dalam drama “Doctor Slump” serta hubungan baiknya bersama dengan ahli ZE:A yang lain.

Katanya,

Kami masih lagi berkawan baik dan saling menghubungi antara satu sama lain. Malah, bilik sembang kumpulan kami juga masih aktif.

Tambahnya,

Ianya sukar untuk kami berkumpul seperti dahulu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Tapi, kami dah bersama selama berbelas tahun jadi kami rapat seperti keluarga. Walaupun ada kalanya kami perlu bersaing, kami akan sentiasa sokong satu sama lain.

park-hyung-sik

Terlebih dahulu, Park Hyung-sik telah melakukan kemunculan sulungnya sebagai penyanyi idola di dalam kumpulan ZE:A pada tahun 2010.

Dia kemudiannya telah mengikuti jejak langkah ahli kumpulannya yang lain iaitu Im Si-wan dan Kim Dong-joon dengan melibatkan diri di dalam dunia lakonan.

Ada tak peminat ZE:A dekat sini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...