Ikuti Kami:

“Awak Tak Tahu Betapa Sakitnya..” – Kwanghee Dedah Punca ‘Unfollow’ Im Siwan Di Instagram

“Awak Tak Tahu Betapa Sakitnya..” – Kwanghee Dedah Punca ‘Unfollow’ Im Siwan Di Instagram

Uish cemburu sebab apa ni?

Peminat K-Pop generasi kedua mesti mengetahui kumpulan ZE:A yang dianggotai oleh ahli seperti Kwang-hee dan Im Si-wan. Namun, baru-baru ini Kwang-hee telah didapati tidak lagi mengikuti Si-wan dan Jung Yong-Hwa CNBLUE di Instagram.

Kwang-hee telah membuat penampilan di satu rancangan YouTube bersama-sama dengan penyanyi yang lain iaitu Lee Joon, Jung Yong-hwa dan Yoon Du-jun pada 5 Oktober dimana mereka membicarakan tentang pelbagai hal. Namun, Yong-hwa yang ada bersama-sama mereka dengan tiba-tiba berkata,

Saya berasa kecewa dengan Kwang-hee

Sebelum Kwang-hee membalas,

Saya mengikutinya di Instagram, tapi saya berhenti.

Tambah Kwang-hee,

Pada ketika itu saya mendapat ‘penyakit’ selebriti jadi saya memutuskan hubungan dengan semua orang bukan Yong-hwa sahaja. Malah, saya juga dengan sengaja membiarkan jumlah akaun yang saya ikuti di Instagram menjadi 0.

yonghwa

Kwang-hee berkata lagi,

Im Si-wan merupakan orang pertama yang saya tidak ikuti di Instagram. Saya yang memberikan dia jumlah pengikutnya, jadi bayangkan betapa banyak lagi pengikut yang bakal dia dapat selepas dia membintangi ‘Squid Game 2’. Bagaimana saya mahu hidup? Awak tak tahu betapa sakitnya apabila orang bertanyakan soalan ‘Kalian semua popular kan?’

Dalam masa yang sama, Jung Yong-hwa yang ingin menghiburkan hati Kwang-hee berkata,

Awak memiliki jenama baju awak sendiri.

Sebelum disambung Lee Joon,

Tanpa awak semua ini tidak akan terjadi, awak kena ingat perkara itu. Awak juga perlu ingat bahawa awak telah memainkan peranan yang sangat penting.

lee joon

Tak apa Kwang-hee, rezeki ada dimana-mana. Mana tahu lepas ni Kwang-hee dapat membintangi filem Hollywood pula kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...