Ikuti Kami:

Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular?

Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular?

Im Si-wan dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama dengan seorang penyanyi wanita. Eh betul ke?

Baru-baru ini, satu siaran bertajuk ‘Pelakon Im Si-wan dan Kang Hye-won didakwa sedang bercinta’ telah tersebar di laman komuniti dalam talian.

Dalam foto yang dimuat naik, Im Si-wan dan Kang Hye-won bekas ahli IZ*ONE dilihat sedang berjalan bersama-sama dan secara mesra memberi tandatangan kepada beberapa kanak-kanak di sebuah restoran BBQ.

Oleh itu, ia telah menimbulkan khabar angin sekiranya kedua mereka mempunyai hubungan istimewa kini.

im siwan kang hyewon

Bagaimanapun, peminat terus menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa gambar-gambar yang diambil adalah dari penggambaran drama mereka “Boyhood”.

Untuk pengetahuan, Im Si-wan dan Kang Hye-won akan terajui siri Coupang Play “Boyhood”, menggambarkan kisah pada tahun 1989 yang mengikuti seorang budak lelaki kesepian yang mempunyai matlamat hidup.

Ohh tengah kerja lah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...