Ikuti Kami:

“Kami Akan Mulakan..” – SBS Umum ‘Taxi Driver’ Akan Kembali Dengan Musim Ketiga

“Kami Akan Mulakan..” – SBS Umum ‘Taxi Driver’ Akan Kembali Dengan Musim Ketiga

Baru sahaja menamatkan tayangan musim kedua, drama “Taxi Driver” nampaknya akan menemui penonton dengan musim ketiga pula!

Bagi yang belum tahu, “Taxi Driver” membawa kisah sekumpulan hero gelap yang membantu penumpang mereka untuk membalas dendam.

Terbaru pada 16 April, SBS telah mengumumkan,

‘Taxi Driver’ telah disahkan untuk Musim 3. Kami merancang untuk memulakan perbincangan dengan pelakon, penulis dan pengarah mulai sekarang.

Memandangkan “Taxi Driver 2” baru sahaja tamat, pasukan produksi masih berbincang dengan ahli pelakon mengenai penampilan mereka dalam musim baru ini dan jadual penggambaran juga masih belum diputuskan.

sbs taxi driver

Dalam pada itu, “Taxi Driver 2” telah mencatat rating tertinggi pada episod akhir, merekodkan catatan sebanyak 20.1%.

Nantikan maklumat lanjut mengenai musim ketiga “Taxi Driver”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...