Ada tak yang pergi tonton konsert (G)I-DLE semalam?

Bagi yang belum tahu, (G)I-DLE telah mengadakan konsert jelajah dunia mereka ‘(G)I-DLE WORLD TOUR [JUST ME ( )I-DLE]’ di Kuala Lumpur, Malaysia semalam.
Setibanya (G)I-DLE di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 September, ramai peminat datang untuk menyambut kedatangan idola kegemaran mereka itu dengan penuh gembira.
https://twitter.com/wolfshu_/status/1568245953861423105
Pada 9 September, (G)I-DLE telah membuka pentas dengan lagu “Oh My God” dan kemudian diikuti dengan “LATATA”. Melihat video yang dimuat naik mereka yang menghadiri konsert tersebut, semua peminat turut menyanyi bersama (G)I-DLE untuk setiap lagu. Memang meriah betul!
Kemudian, lagu lain yang turut dipersembahkan (G)I-DLE ialah “My Bag”, “HWAA”, “HANN”, “Senorita” dan banyak lagi. Sebelum menutup pentas, ketua kumpulan iaitu So-yeon memberikan ucapan,
Terima kasih kerana bersama kami hari ini. Kami benar-benar berseronok. Sila tunggu sehingga kita berjumpa lagi. Kami akan kembali secepat mungkin.
https://twitter.com/G_I_DLE/status/1568267478148718602?s=20&t=32KgXT7hH7vz7je8x4Rhpg
Seronoknya yang dapat pergi!