Ikuti Kami:

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Lee Yoomi Luah Rasa Teruja Bintangi ‘Mental Coach Jegal’

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Lee Yoomi Luah Rasa Teruja Bintangi ‘Mental Coach Jegal’

Selepas “Squid Game” dan “All Of Us Are Dead”, tidak dinafikan pelakon Lee Yoo-mi semakin dikenali ramai kini.

Terbaru, drama baru Lee Yoo-mi “Mental Coach Jegal” bakal menemui penonton tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Mental Coach Jegal” membawa kisah seorang atlet taekwando yang dibuang kerana satu insiden, dan kembali sebagai jurulatih mental buat pasukan kebangsaan bagi melawan dunia, di mana hanya yang pertama akan dapat segalanya. Ianya dibintangi Lee Yoo-mi, Jung Woo, Park Se-young dan ramai lagi.

tvn mental coach jegal

Untuk pengetahuan, ini juga merupakan kali pertama Lee Yoo-mi memainkan watak utama dalam sebuah drama. Dia berkongsi rasa terujanya dengan mengatakan,

Saya sangat gembira kerana impian yang saya idamkan selama ini tiba pada saya. Terima kasih kepada ini, ia adalah satu lagi pembelajaran dan pengalaman yang menggembirakan.

Selain itu, Lee Yoo-mi turut meminta sokongan penonton untuk drama “Mental Coach Jegal” ini. Dia berkata,

‘Mental Coach Jegal’ ialah drama yang semakin berkembang tentang sukan dan drama penyembuhan. Terdapat begitu banyak cerita untuk dilihat dan dikaitkan, ia akan menghangatkan hati anda apabila menontonnya. Tolong berikan ‘Mental Coach Jegal’ kasih sayang yang tidak terhingga.

Jangan lupa tonton “Mental Coach Jegal” pada 12 September ini di tvN dan Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...