Ikuti Kami:

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Kenali Choi Sungeun Dari ‘The Sound Of Magic’

Kali Pertama Pegang Watak Utama, Kenali Choi Sungeun Dari ‘The Sound Of Magic’

Siapa yang tengah seronok layan drama “The Sound of Magic”?

Memainkan watak utama wanita dalam siri Netflix tersebut, pasti ada sesetengah penonton yang tertanya-tanya soal pelakon Choi Sung-eun yang berperan sebagai Yoon Ah-yi dalam “The Sound of Magic”.

Dalam drama tersebut, Choi Sung-eun ialah seorang pelajar sekolah menengah yang miskin Yoon Ah-yi, yang cemerlang dalam matematik, dan sangat pendiam. Pada suatu hari, dia terserempak dengan ahli silap mata misteri Lee Eul (Ji Chang-wook), dan perlahan-lahan berkenalan dengannya. Rakan sejawatnya Na Il-deung (Hwang In-yeop) juga sangat mengambil berat terhadap dirinya dan secara senyap membantunya sepanjang cabaran hidup.

Dilahirkan pada tahun 1996, pelakon Choi Sung-eun telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2018 di bawah agensi Ace Factory. Sebelum ini, dia bersekolah di Sekolah Tinggi Seni Kaywon di bawah Jabatan Teater dan Filem, sebelum diterima masuk di Jabatan Pemangkuan Universiti Seni Kebangsaan Korea pada 2015.

choi sungeun

Untuk pengetahuan, Choi Sung-eun juga pernah muncul dalam beberapa naskhah lain seperti “Start Up” iaitu filem debutnya, “Beyond Evil”, “Ten Months” dan “The Dog Days”. Namun, dia kali pertama memegang watak utama dalam “The Sound of Magic”, yang turut dibintangi Ji Chang-wook dan Hwang In-yeop.

Selain itu, dia juga berjaya memperoleh anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Festival Filem Chunsa 2020 melalui penampilannya dalam filem “Start Up”. Wataknya dalam siri terkenal seperti “Beyond Evil” dan “SF8”, telah berjaya membuatkannya tercalon untuk Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang yang berprestij pada 2021 dan 2022.

choi sungeun

Selepas penampilannya dalam pelbagai naskhah, Choi Sung-eun telah berjaya meraih perhatian netizen dek bakat lakonannya yang cemerlang, serta visualnya yang mirip artis Korea lain seperti Han Hyo-joo, Lee Yeon-hee dan Sulli.

Boleh tahan hebat kan lakonan Choi Sung-eun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...