Adakah Jang Na-ra dan Jang Hyuk bakal bertemu dalam naskhah baru tak lama lagi?
Khabarnya, kedua mereka akan bekerjasama buat kali ke-4 menerusi drama bertajuk “Family”. Ianya bakal diarahkan oleh Jang Jung-do yang bertugas untuk “Our Blues”, “Link: Eat, Love, Kill” dan “Alchemy Of Souls”.
Dalam pada itu, Jang Na-ra dan Jang Hyuk pernah berlakon bersama dalam drama “Successful Story Of A Bright Girl”, “Fated To Love You” dan drama khas “Old Farewell”.
Disebabkan oleh keserasian mereka, ramai yang menantikan imej baru yang bakal ditampilkan oleh mereka di dalam “Family”. Walau bagaimanapun, belum ada pengesahan sama ada mereka telah menerima tawaran lakonan ini.
Dalam pada itu, Jang Hyuk muncul dalam “Bloody Heart” kini dan Jang Na-ra sedang dalam persiapan untuk menamatkan zaman bujangnya.
Khabarnya, “Family” akan menemui penonton pada 2023 nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.