Sepatutnya diselubungi dengan keseronokan selepas mengumumkan bakal berkahwin namun pihak Jang Na-ra terpaksa mengambil tindakan tegas kini.
Seperti yang semua ketahui, bakal suami Jang Na-ra merupakan seorang staf dalam industri video di mana identitinya diminta dirahsiakan oleh wanita itu memandangkan ia mampu mengganggu kerja lelaki itu sekiranya didedahkan. Walau bagaimanapun, ada yang cuba mengeksplotasi informasi yang dan telah mengorek lebih dalam mengenainya.
Disebabkan oleh itu, agensi Jang Na-ra mendedahkan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi sesiapa yang melampau,
Tulis mereka,
Hello, ini ialah agensi Jang Na-ra iaitu Rawon Culture.
Kami sejujurnya berterima kasih kerana sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang buat Jang Na-ra.
Kami Sekali lagi meminta anda memahami mengenai berita perkahwinan Jang Na-ra yang diumumkan kelmarin.
Pelakon Jang Na-ra sedang melakukan persiapan untuk perkahwinannya, iaitu satu acara penting dalam hidupnya.
Seperti yang diminta Jang Na-ra, mengambil kira bakal suaminya bukan selebriti, kami mahu anda mengelak dari melakukan spekulasi tidak berasas dan menyebarkan informasi peribadinya.
Kami menganggap entri menyerang keluarga [tunang] atau menyebarkan maklumat secara berlebihan mengenai identitinya sebagai berniat buruk dan agensi kami akan bertindak sewajarnya.
Kami meminta anda memberikan restu dan sokongan sahaja buat Jang Na-ra, yang bakal melakukan permulaan baru dan permulaan untuk fasa kedua hidupnya.
Pelakon Jang Na-ra akan bekerja keras untuk keluarga di rumah dan di tempat kerja. Terima kasih.
Siapalah yang ambil kesempatan tu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.