Ikuti Kami:

Berkenalan Di Set Drama ‘VIP’, Kenali Bakal Suami Jang Nara & Kisah Cinta Mereka

Berkenalan Di Set Drama ‘VIP’, Kenali Bakal Suami Jang Nara & Kisah Cinta Mereka

Tiada siapa menyangka bahawa Jang Na-ra sudah pun 2 tahun bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Terbaru, pelakon kesukaan ramai itu mengumumkan menerusi laman peminat bahawa dia akan berkahwin tak lama lagi. Katanya,

Selepas dua tahun bercinta dengan rakan yang 6 tahun lebih muda, kami berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup.

Tambahnya,

Minta maaf saya tak dapat berkongsi lebih kerana berasa risau sekiranya pasangan bukan selebriti ini akan berasa kurang selesa di tempat kerja.

jang nara vip

Menurut laporan media, bakal suami Jang Na-ra ialah pengarah kamera yang dikenalinya selepas bekerjasama untuk drama “VIP”.

Dalam drama yang ditayangkan pada 2019 itu, Jang Na-ra membawa watak Na Jung-sun, seorang naib pengarah bagi pasukan VIP sebuah pusat beli-belah di mana dia dicurangi oleh suami dan rakan sekerjanya.

Khabarnya, kedua mereka sudah bertemu keluarga masing-masing sejak awal bercinta dan hubungan mereka berjalan dengan lancar. Kongsi ayah Jang Na-ra dengan media,

Seronok melihat teman lelaki Jang Na-ra berkenalan dengan saya sejak di awal hubungan lagi. Dia juga turut menyapa kesemua orang tuda di dalam keluarga kami pada tahun lalu.

keluarga jang nara

Kata lelaki tua itu lagi,

Dia mempunyai personaliti yang elok dan dia juga melayan orang tuanya dengan baik. Latar belakang keluarganya biasa sahaja namun mereka semua baik dan hebat. Kami cuba mendiamkan diri sebaik mungkin memandangkan pasangan Na-ra bukanlah seorang selebriti. Kami menyediakan semuanya dengan berhati-hati.

Semoga urusan perkahwinan mereka berjalan lancar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...