Ikuti Kami:

“Kalau Tunjuk Pusat Kena..” – SUPER JUNIOR Dedah Tak Boleh Berpakaian Menjolok Mata Ketika Konsert Di Malaysia

“Kalau Tunjuk Pusat Kena..” – SUPER JUNIOR Dedah Tak Boleh Berpakaian Menjolok Mata Ketika Konsert Di Malaysia

Selepas hampir 2 tahun, SUPER JUNIOR kembali untuk menemui peminat di Malaysia!

Pada 3 Ogos, SUPER JUNIOR telah menggegarkan Stadium Axiata Arena dengan konsert mereka ‘2024 SUPER JUNIOR <SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime> IN KUALA LUMPUR’.

Dihadiri lebih 10,000 peminat, kumpulan itu telah menghiburkan penonton dengan pelbagai lagu hit seperti “Sorry, Sorry”, “Spy” dan banyak lagi.

Ketika sesi berborak bersama peminat, Lee Teuk mendedahkan sebab dia tidak memakai baju crop top seperti kebiasaannya di negara lain. Kongsinya,

Selalunya saya akan pakai crop top dan tunjuk pusat saya. Tapi saya dengar kalau kami tunjuk…bayaran dendanya agak tinggi.

Celah Eun-hyuk berseloroh,

Takpe, sebab tiada siapa nak tengok.

Sementara itu di penghujung konsert, ahli termuda iaitu Kyu-hyun turut berjanji untuk datang ke Malaysia lagi di masa hadapan,

Ahli lain termasuk saya akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Sayang semua.

Untungnya siapa yang dapat pergi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...