Bukan senang kan untuk idola popular ini mempunyai privasi sendiri.
Baru-baru ini, Jackson GOT7 telah tiba di Malaysia untuk aktivitinya yang belum dapat disahkan lagi setakat ini.
Mempunyai masa lapang di antara jadual sibuknya, peminat perasan bahawa lelaki itu sempat pergi bersenam di sebuah gim, yang terletak di dalam pusat beli-belah The Starling.
Abang Jackson? 😳 What are you doing in KL, @JacksonWang852 ? If you’re looking for a gym partner, hit us up please! 👉👈#jacksonwangmalaysia pic.twitter.com/ai2JNAW1sv
— Fly FM 🇲🇾 (@FlyFM958) July 16, 2024
Menerusi hantaran yang dikongsi, ramai peminat telah berkumpul di luar gim tersebut bagi mendapatkan peluang untuk melihat sekilas pandang penyanyi itu.
Malah dalam foto lain, Jackson juga nampaknya tidak selesa jadi tontonan ramai dan terus menutup wajahnya dengan topi. Dengan ini, ramai berharap agar peminat dapat memberikan privasi untuk lelaki itu tambahan pula untuk aktiviti di luar jadual kerjanya.
Sementara itu, Jackson dijangka akan menghadiri pembukaan rasmi kedai jenama mewah di Pavilion KL pada minggu depan.