Dunia selebriti penuh dengan benda mengejutkan..
Sebelum ini, Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Min-hwan F.T. Island mengunjungi tempat hiburan dewasa, termasuk rumah pelacuran semasa mereka masih lagi berkahwin.
Disebabkan oleh kritikan hebat dari netizen, lelaki itu akhirnya mengumumkan bahawa dia akan menghentikan kesemua aktiviti seni termasuk kemunculan dalam “Superman Returns”.
Turut menarik diri dari membuat persembahan ketika konsert F.T. Island, Lee Hong-ki sempat meluahkan rasa kesal mengenai kejadian itu dan meminta semua jangan mempercayai khabar angin sewenang-wenangnya.
Pun begitu, peminat kemudian meminta Lee Hong-ki supaya menyedari bahawa ia bukan sekadar tuduhan memandangkan Yulhee memberikan bukti rakaman panggilan telefon selain Min-hwan turut dalam siasatan polis kini.
Vokalis F.T. Island itu dilihat kembali melenting dan sekali lagi mempertahankan rakan sekumpulannya,
Bagaimana jika dia tidak membayar untuk seks? Bagaimana jika perniagaan itu bukan rumah pelacuran?? Adakah awak sanggup bertanggungjawab atas apa yang awak baru katakan??
Rata-rata netizen terus menyelar Lee Hong-ki memandangkan terlalu lantang sehingga sanggup memarahi peminat semata-mata ingin menutup kesalahan Min-hwan.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.