Ikuti Kami:

“Kalau Saya Dilahirkan Semula, Saya Tak Mahu Jadi Seorang Pelakon Sebab..” – Lee Sungmin

“Kalau Saya Dilahirkan Semula, Saya Tak Mahu Jadi Seorang Pelakon Sebab..” – Lee Sungmin

Baru-baru ini pada siaran 29 Disember program JTBC “Newsroom”, pelakon Lee Sung-min telah tampil sebagai tetamu.

Khususnya dalam siaran tersebut, Lee Sung-min berkongsi cerita di sebalik wataknya sebagai Pengerusi Jin Yang-chul dalam drama “Reborn Rich”, yang baru sahaja tamat.

Pada awalnya, Lee Sung-min berkongsi apakah perkara yang paling dia beri perhatian ketika memainkan watak Jin Yang-chul. Jawab pelakon itu,

Saya paling bimbang tentang umur kerana Jin Yang-chul bukan seusia dengan umur sebenar saya. Saya fikir perkara itu tidak sepatutnya mengganggu penonton, jadi ia adalah perkara yang paling penting.

Kemudian, ketika ditanya sama ada dia masih ingin menjadi seorang pelakon sekiranya dilahirkan semula, Lee Sung-min menjawab,

Tidak mahu, kerana saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza. Saya mahu merasakan pengalaman baru kerana saya tidak pernah melakukan perkara lain.

lee sungmin

Jelas Lee Sung-min lagi,

Ada kalanya hidup saya menyedihkan. Saya tidak tahu kehidupan yang lain dengan baik. Apabila saya dilahirkan semula, saya mahu mempunyai pelbagai pekerjaan, pengalaman dan pengembaraan selain dari menjadi seorang pelakon.

Dalam pada itu, lakonan Lee Sung-min dalam “Reborn Rich” telah berjaya mendapat pujian penonton dan merupakan antara pelakon yang diminati ramai kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...