Ikuti Kami:

“Kalau Rasa Nak Mati Pun, Saya Tak Akan Mati” – Peminat Sedih Imbau Moto Hidup Moonbin ASTRO

“Kalau Rasa Nak Mati Pun, Saya Tak Akan Mati” – Peminat Sedih Imbau Moto Hidup Moonbin ASTRO

Pemergian Moonbin ASTRO bukan sahaja meninggalkan kesan buat peminat namun ianya turut dirasai rakan artis lain dan seluruh industri hiburan Korea.

Mungkin kerana terlalu rindu, rata-rata peminat mula mengimbau semula video yang mengandungi Moonbin semasa mendiang masih lagi hidup. Antara yang memberi kesan ialah temubual di mana dia menjelaskan mengenai moto hidupnya iaitu “Kalau rasa nak mati pun, saya tak akan mati.”

Menerusi saluran YouTube ‘Arena Homme Plus’, mendiang pernah menjawab soalan peminat iaitu,

Adakah moto awak ‘Kalau rasa nak mati pun, saya tak akan mati’ masih lagi sama?

moonbin astro

Jawabnya,

Ianya masih tak berubah. Sebenarnya, bukan sekali dua saya menahan diri daripada memikirkan mengenainya semasa di atas pentas. Ada ketika ianya terlalu sukar. Pada saya, bertahan ialah satu ketahanan mental. Kalau tiada ketahanan fizikal, awak bertahan menggunakan mental.

Melihatkan luahan itu, peminat tidak dapat menahan diri daripada meratapi dan meninggalkan komen kerinduan,

Melihatkan moto ini, ianya semakin menyakitkan. Betapa sedih dan sunyi buatnya..

 

Lepaskan semuanya kini, lakukan apa yang dimahukan sepuasnya di dunia yang btiada kesakitan dan berbahagialah.

 

Saya minta maaf..

 

Saya berharap agar dia dapat berehat dengan baik kini..

moonbin astro

Selamat berehat Moonbin..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...