Ikuti Kami:

“Kalau Nak Dapat Anak..” – Pakar Cinta, Jeon Somin Beri Nasihat 19+

“Kalau Nak Dapat Anak..” – Pakar Cinta, Jeon Somin Beri Nasihat 19+

Seperti biasa, Jeon So-min pastinya akan menjadi bualan ramai pada setiap episod “Running Man”.

Untuk siaran terbaru ini, para ahli telah menyertai perlumbaan di mana mereka akan menentukan notis had umur baru di awal setiap episod. Bagi episod kali ini, mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan salah satu misi mereka ialah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan orang awam.

Bergerak sebagai satu kumpulan, Haha dan Jeon So-min memilih untuk memberikan kaunseling buat 3 lelaki yang bekerja di galeri.

Haha kemudiannya memperkenalkan Jeon So-min sebagai pakar cinta dan mempunyai ‘ijazah’ dalam bidang berkenaan manakala wanita itu mengatakan bahawa Haha juga pakar untuk bahagian ‘anak-anak’ kerana memiliki 3 anak.

jeon somin hahaApa bila salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa dia mengalami kesukaran untuk mendapat zuriat, nasihat Haha,

Saya mendapat ketiga-tiga anak ini menggunakan cara yang sama. Jangan tentukan tarikh kerana awak akan terasa seperti ia adalah kerja rumah.

Selit Jeon So-min,

Kalau awak terlalu bekerja keras, sukar untuk mendapatkan anak tapi jika bergerak secara semula jadi, lebih mudah untuk memiliki zuriat.

jeon somin haha

Lelaki lain yang mendengarkan nasihat itu kemudiannya bertanya kepada pelakon wanita itu sama ada dia mempunyai anak dek nasihat yang diberikan. Terkesima, jawab Jeon So-min tersipu malu,

Tak lah.. saya bercakap seperti ibu-ibu ke?

Kemudiannya, wanita itu berterusan berkongsi kisah seksual di mana rakan-rakan wanita yang lain berjaya mempunyai anak selepas mereka berhenti berusaha kerasa dan pergi bercuti bersama pasangan masing-masing.

Dek nasihat bersungguh-sungguh oleh mereka, lelaki berkenaan telah memberikan markah tinggi buat kumpulan itu. Bahkan Jeon So-min dan Haha berjanji bahawa mereka memberikan nasihat sejujurnya.

Boleh bagi kaunseling ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...