Ikuti Kami:

“Kalau Nak Berlakon, Keluar Je Lah” – Peminat Selar Rowoon Sering Hilang Dari Aktiviti Kumpulan SF9?

“Kalau Nak Berlakon, Keluar Je Lah” – Peminat Selar Rowoon Sering Hilang Dari Aktiviti Kumpulan SF9?

Semakin aktif dalam bidang lakonan, sepertinya ada yang terasa dengan Rowoon kerana sepertinya membelakangi SF9 kini?

Menurut pengumuman agensi kumpulan itu, SF9 bakal melangsungkan konsert peminat ‘Unlock FANDORA’ di Seoul pada 9 Oktober nanti. Malah ia menandakan aktiviti pertama Youngbin dan Inseong yang baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan.

Walau bagaimanapun, Rowoon disahkan tidak akan menyertai acara itu disebabkan oleh jadual penggambaran yang padat. Selepas pengumuman itu dibuat, peminat SF9 meluahkan rasa kecewa kerana ‘sikap tidak endah’ lelaki itu buat aktiviti kumpulan sejak aktif sebagai pelakon.

rowoon sf9

Dakwa mereka, Rowoon ‘tidak berkomunikasi dengan peminat di laman peminat’, ‘tidak memanggil peminat dengan nama Fantasy’, ‘tidak menyambut ulang tahun kumpulan’, ‘hanya berkomunikasi dengan peminat solo apabila melibatkan dramanya’, dan ‘tidak menyertai aktiviti SF9 pada 2023 selain seminggu di program muzik’.

Dalam pada itu, Rowoon sedang sibuk dengan promosi dan penggambaran drama “Destined With You” di mana dia membawa watak Jang Shin-yu iaitu seorang peguam dingin yang disumpah mengalami penyakit misteri sejak kecil.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...