Agak-agaknya siapakah wanita yang akan dapat rebut hati Lee Je-hoon?
Terbaru, Lee Je-hoon telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Aglory”, di mana pelakon itu ada mendedahkan soal kehidupan percintaannya.
Dalam video itu, salah seorang pengaraca bertanya kepadanya,
Awak pernah bercinta kan?
Jawab Lee Je-hoon,
Sudah tentu saya pernah bercinta.
Ketika ditanya sama ada dia pernah bercinta dengan selebriti, lelaki itu mengaku,
Mengikut standard temu janji saya, ada standard yang saya tidak akan bercinta dengan orang di tempat kerja saya. Alangkah baiknya jika keadaan berjalan lancar di tempat kerja tetapi jika kami berpisah, kami tidak dapat berjumpa lagi. Kami tidak boleh bekerjasama.
Betul juga apa yang Lee Je-hoon cakap kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.