BLACKPINK ternyata mempunyai peminat dari seluruh dunia dan latar belakang!

Terbaru, pelakon yang popular dengan watak Kahar dalam drama “Projek: High Council” menyatakan rasa cinta buat salah seorang ahli kumpulan idola itu dalam sebuah temubual bersama radio GEGAR.
Semasa ditemubual di konti, Amir Ahnaf membawa keluar kad foto Rosé yang disimpan rapi di dalam dompetnya. Apabila ditanya jika dia bakal menghadiri konsert ‘BORN PINK’ di Kuala Lumpur nanti, jawabnya,
InsyaAllah saya pergi, kalau ada rezeki.
@gegar.my Wah @Amir Ahnaf pergi tengok konsert @blackpinkofficial ke? Tapi sweet lah Amir simpan dalam wallet 😍😍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound – GEGAR
Selepas menjawab soalan itu, Amir tidak mampu menyembunyikan rasa terujanya dan hanya tersipu malu sebelum melompat ke segmen seterusnya.
Wah! Mana tahu jumpa Amir di konsert BLACKPINK di Stadium Bukit Jalil nanti kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉