Ikuti Kami:

“Kalau Ada Peluang..” – Nampak Serasi, Hwang Inyoup Dedah Mahu Berlakon Bersama Kim Yoojung

“Kalau Ada Peluang..” – Nampak Serasi, Hwang Inyoup Dedah Mahu Berlakon Bersama Kim Yoojung

Ada tak yang tengah seronok layan rancangan hiburan “Youth MT” sekarang?

Dengan episod ke-6 yang telah ditayangkan pada minggu lepas, hubungan antara kesemua ahli nampaknya sudah semakin rapat dan selesa kini.

Khususnya, dalam episod terbaru “Youth MT”, penonton tidak dapat menafikan keserasian antara Kim Yoo-jung dari drama “Love in the Moonlight” dan Hwang In-youp dari “The Sound of Magic”.

Tambahan pula, seorang pengguna di Twitter telah berkongsi video kompilasi momen ‘sweet’ antara kedua pelakon tersebut dalam program itu, membuatkan peminat berharap agar mereka akan bergandingan dalam sebuah drama.

Bukan itu sahaja, dalam satu segmen di mana ahli bermain permainan kerusi terbang, Hwang In-youp menarik perhatian apabila dia bertanya kepada Kim Yoo-jung sama ada dia sudi untuk membintangi dengannya dalam naskhah yang sama pada masa hadapan. Kim Yoo-jung menjawab,

Kalau ada peluang, saya rasa senang untuk bekerjasama dengan awak.

Antara reaksi peminat selepas melihat interaksi mereka:

Saya rasa Hwang In-youp sukakan Kim Yoo-jung.

 

Hwang In-youp nampak malu untuk pandang Kim Yoo-jung, saya dapat rasakan ‘chemistry’ mereka!

 

Kenapa rancangan hiburan ini nampak seperti sebuah drama romantik apabila mereka berdua berinteraksi?

tving youth mt

Dalam pada itu, “Youth MT” ialah rancangan yang menampilkan pelakon-pelakon dari drama “Love in the Moonlight”, “Itaewon Class” dan “The Sound of Magic”. Kesemua mereka bersatu semula untuk pergi ke lawatan lapangan kumpulan besar, di mana semua harus terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, melepak dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...