Ikuti Kami:

“Dia Boleh Sertai Rancangan Hiburan” – Peminat Tertawa Tengok Telatah Hwang Inyoup Dalam Youth MT

“Dia Boleh Sertai Rancangan Hiburan” – Peminat Tertawa Tengok Telatah Hwang Inyoup Dalam Youth MT

Selalu sangat kita lihat Hwang In-youp berlakon watak yang antagonis atau ‘cool’ saja kan?

Menerusi drama-drama lakonannya, “True Beauty” dan juga “The Sound Of Music”, Hwang In-youp masih belum menunjukkan sisi sebenar dirinya. Korang mesti dah tahu bahawa dia baru-baru ini turut menjadi antara salah seorang ahli program “Youth MT” kan?

Melihat kepada beberapa episod “Youth MT” yang baru sahaja disiarkan, Hwang In-youp nyatanya menunjukkan sisi dirinya yang berlainan daripada kerjayanya sebagai pelakon. Paling menarik perhatian, apabila peminat menyedari bahawa dia berbakat untuk terus menjadi wajah utama bagi rancangan hiburan.

Satu sedutan video Hwang In-youp mula tersebar di mana dia banyak kali terjatuh dalam air dek kerana Kwon Na-ra diminta untuk elakkan dirinya daripada menyebut beberapa perkara. Namun, Na-ra sendiri tidak diberi sebarang klu mengenai perkara itu.

Melihat kepada kebolehannya memberikan reaksi yang tenang dan bersahaja walaupun dikenakan ‘denda’ berkali-kali, Hwang In-youp nyatanya mempunyai tahap toleransi dan kebolehan untuk mencipta suasana ceria.

“Dia sangat kelakar!”

 

“Tengoklah macam mana dia terbang!”

 

“Kesiannya ‘baby’ saya!”

 

“Dia buat semua orang gelak!”

https://www.tiktok.com/@kdramatelier/video/7149281011518508293?_r=1&_t=8W8MmDxiI0A&is_from_webapp=v1&item_id=7149281011518508293

Semua orang nak tengok dia dalam rancangan hiburan lagi. Agak-agaknya Hwang In-youp akan sertai rancangan hiburan lagi ke lepas ini?

Korang dah tengok ke video-video Hwang In-youp?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...