Ikuti Kami:

“Saya Telefon Dia” – Hwang Inyoup Dedah Minta Nasihat Ji Changwook Untuk Babak Romantik Dalam ‘Why Her?’

“Saya Telefon Dia” – Hwang Inyoup Dedah Minta Nasihat Ji Changwook Untuk Babak Romantik Dalam ‘Why Her?’

Ada tak yang dah tonton episod pertama program “Youth MT”?

Bagi yang belum tahu, “Youth MT” ialah rancangan yang menampilkan pelakon-pelakon dari drama “Love in the Moonlight”, “Itaewon Class” dan “The Sound of Magic”. Kesemua mereka akan bersatu semula untuk pergi ke lawatan lapangan kumpulan besar, di mana semua harus terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, melepak dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Dalam episod pertama, pelakon “The Sound of Magic” iaitu Hwang In-youp, Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Ji Hye-won dan Kim Bo-yoon berada di dalam kereta, menuju ke satu lokasi. Pada masa ini, Hwang In-youp mendedahkan bahawa dia mendapatkan nasihat dari Ji Chang-wook untuk penggambaran babak romantik dalam “Why Her?”.

hwang inyoup ji changwook

“Why Her?” iaitu drama pertama Hwang In-youp sebagai pelakon utama lelaki, menjelaskan bahawa dia biasanya berlakon sebagai seorang remaja dan ini merupakan kali pertama dia menjalani penggambaran drama percintaan sebagai peneraju. Oleh kerana tidak berpengalaman, dia menyelidik dan mendapati banyak video Ji Chang-wook.

Hwang In-youp berkata pada Ji Chang-wook,

Ini adalah peranan pertama saya sebagai orang dewasa. Dan ini adalah kali pertama saya menjalani penggambaran drama percintaan. Jadi apabila ada adegan yang sangat romantis, saya mencarinya di internet, dan setiap kali, awak muncul. Jadi, saya telefon dia untuk bertanya bagaimana.

hwang inyoup

Kemudian, Hwang In-youp turut berkongsi bahawa ketika penggambaran babak romantik, dia memberitahu Seo Hyun-jin dia mendapatkan nasihat dari Ji Chang-wook untuk melakukan babak tersebut dan dia ketawa mendengarnya.

Fuh minta nasihat dari pakar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...