Ikuti Kami:

Episod Pertama Jadi Bualan, ‘Youth MT’ Raih 2.5 Juta Tontonan

Episod Pertama Jadi Bualan, ‘Youth MT’ Raih 2.5 Juta Tontonan

Nampaknya program “Youth MT” yang ditayangkan di TVING berjaya mencatat pencapaian membanggakan.

Menurut pihak produksi program berkenaan,

Klip video ini mencecah 2.5 juta tontonan sekaligus membuktikan permulaan bermakna buat percutian bersama itu.

tving youth mt

Dalam episod pertama yang ditayangkan kelmarin, para pelakon drama “Love In The Moonlight”, “The Sound Of Magic” dan “Itaewon Class” telah meluangkan masa bersama di lokasi penggambaran mereka.

Kata penonton,

Sudah lama saya tak nampak ‘Love In The Moonlight’ di Jeonju Hyanggyo.

 

Setiap kali ke Itaewon, saya teringat pasukan Danbam.

 

Set pasukan ‘The Sound Of Magic’ adalah sangat cantik.

 

Park Seo-joon dan Ji Chang-wook nampak comel sangat berjalan seperti itu.

 

Pandainya Kim Yoo-jung, memang seperti seorang ketua pasukan.

tving youth mt

Mereka turut memuji interaksi para pelakon di mana ada yang pernah berjumpa sebelum ini dan ada yang baru berkenalan dalam program ini,

Kelakarnya Kwak Dong-yeon.

 

Seronok melihat Kim Yoo-jung dan Lee Joo-young bersama.

 

Cuaca ini sangat kelam tapi saya tak kisah kerana kecantikan para pelakon masih bersinar.

Untuk pengetahuan, antara pelakon yang menyertai “Youth MT” ialah Ji Chang-wook, Choi Sung-eun,Hwang In-yeop, Ji Hae-won, Kim Bo-yoon, Park Seo-joon, Ahn Bo-hyun, Kwon Na-ra, Ryu Kyung-soo, Lee Joo-young, Park Bo-gum, Kim Yoo-jung, Jung Jin-young, Kwak Dong-yeon dan Chae Soo-bin.

tving youth mt

Korang dah layan ke episod pertama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...