Ikuti Kami:

“Kalau Ada ‘Confidential Assignment 3?” – Ini Jawapan Yoona Girls’ Generation

“Kalau Ada ‘Confidential Assignment 3?” – Ini Jawapan Yoona Girls’ Generation

Korang dah tengok ke “Confidential Assignment 2: International”?

Filem “Confidential Assignment 2: International” yang sudah ditayangkan, kini berjaya mencapai impak yang luar biasa. Terbaru, Yoona Girls’ Generation yang turut menjadi teraju utama filem itu, telah menghadiri satu sesi temu bual khas mengenai filem tersebut.

Soalan: Jumlah tontonan “Confidential Assignment 2: International” kini sudah mencecah hampir 7 juta. Ada apa-apa yang kamu ingin katakan kepada penonton?

Saya suka dengan penonton yang sanggup hadir menonton “Confidential Assignment 2: International”. Terima kasih banyak-banyak. Saya harap semua orang akan menonton semula berkali-kali agar kita boleh mencapai 7 juta tontonan.yoonaSoalan: Apakah babak yang kamu paling suka?

Saya suka babak di rumah yang mana ianya menceritakan kisah skuad bom yang Daniel Henney dan Hyun Bin sertai sewaktu di rumah bersama keluarga. Ada satu bahagian di mana mereka semua mendedahkan ‘luka’ masing-masing seolah-olah mereka bergaduh antara satu sama lain. Tapi saya masih bergelak ketawa kerana ianya menyeronokkan.

Soalan: Jika “Confidential Assignment” akan ada sekuel ke-3, adakah kamu masih akan berlakon?

Kalau dengan kumpulan yang sekarang, sudah pasti! Saya rasa kalau semua peminat boleh terus menyokong kami,kami akan lagi bersungguh untuk berkerjasama lagi. confidentialSoalan: Apa perancangan untuk projek akan datang?

Saya sudah menghabiskan penggambaran “2 O’Clock Date” dan saya kini menjalani sesi penggambaran bersama “King The Land”. Saya rasa ianya akan mula ditayangkan tahun hadapan.

Wow, akan ada projek terbaru lagi dari Yoona!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...