Utama Drama Korea Kalahkan Saluran Awam, Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Naik Berlipat Kali Ganda

Kalahkan Saluran Awam, Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’ Naik Berlipat Kali Ganda

ena extraordinary attorney woo

Makin rancak “Extraordinary Attorney Woo” sekarang!

Ia membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Menurut Nielsen Korea, rating episod ketiga siri ENA ini mencatatkan peningkatan ketara iaitu 4.0%. Ianya merupakan catatan yang mengagumkan memandangkan ia bermula dengan angka 0.9% sahaja ketika episod pertamanya dan menaik ke 1.8% untuk episod kedua.

ena extraordinary attorney woo

Bukan sahaja di saluran kabel, namun “Extraordinary Attorney Woo” turut popular di laman penstriman Netflix apabila meduduki tangga tinggi di banyak negara.

Lebih mengagumkan, siri ini berjaya bersaing rapat dengan drama lain dari saluran utama seperti “Jinxed At First” (3.5%), “Eve” (3.6%) dan “Insider” (2.7%).

Hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsis
Loading...