Ikuti Kami:

“Kaki Saya Bergetar..” – Dah Ada Kekasih, Pelakon ‘Dr Slump’ Ini Dituduh ‘Mengorat’ Wanita Lain

“Kaki Saya Bergetar..” – Dah Ada Kekasih, Pelakon ‘Dr Slump’ Ini Dituduh ‘Mengorat’ Wanita Lain

Agak sibuk ya dunia hiburan Korea sejak kebelakangan ini..

Terbaru, satu mesej perbualan antara seorang pelakon lelaki dan wanita telah dimuat naik di satu Instagram milik individu tak dikenali.

Apa yang menariknya, mesej itu kelihatan seperti sepasangn kekasih yang sedang berbual manja.

Lelaki: Sebab terlalu gelap dalam penempatan kuil tu, saya tak dapat lihat wajah awak dengan jelas! Seronok sangat hari tu, pipi saya merah dan kaki saya bergetar. Apa pun, dalaman saya tak terasa seperti saya yang punya.

Wanita: Awak sakit ke??

Lelaki: Terasa seperti ada yang menghidupkan elektrik sedikit demi sedikit sebuah taman tema usang.

Wanita: Hahahahahaha

Lelaki: Maaf, saya tak ada cara yang lebih normal untuk meluahkan perasaan ini.

Wanita: Hahahahahaha

Apa yang menariknya, kapsyen hantaran itu mendedahkan bahawa pelakon lelaki berkenaan sebenarnya sedang tinggal dengan kekasihnya di rumah yang sama namun masih mempunyai masa untuk ‘mengayat’ wanita lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mula menyebut nama pelakon berkenaan. Walaupun tiada kesahihan pasti, namun mereka membuat spekulasi bahawa pelakon yang disebut ialah Hyun Bong-shik yang sedang popular dengan watak pak cik Park Hyung-shik dalam drama “Doctor Slump” kini.

Entah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...