Han So-hee memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon yang popularitinya semakin melonjak naik kini.

Untuk pengetahuan, Han So-hee sedang sibuk menjalani penggambaran drama “Gyeongseong Creature”, bergandingan bersama pelakon hebat lain seperti Park Seo-joon, Wi Ha-joon dan ramai lagi.
Bagi yang belum tahu, sebelum ini pelakon itu telah terlibat dengan kecederaan di mata, ketika melakukan penggambaran drama berkenaan.
Meskipun sudah pulih namun, penampilan Han So-hee baru-baru ini telah menambah kerisauan peminat.
https://twitter.com/x__junk/status/1581318982685990912?s=20&t=nNeDMpoWFB5hzo7sOoF2mw
Pada 15 Oktober lepas, Han So-hee bersama pelakon “My Name” yang lain telah pergi ke sebuah kafe bagi menyambut ulang tahun pertama drama tersebut.
Bagaimanapun, pelakon itu yang tampil dengan keadaan kakinya penuh lebam dan parut, telah membuatkan peminat risau tentang keadaannya kini.
Antara luahan peminat:
Han So-hee benar-benar bekerja keras.
Ada lebam baru dan ada lebam yang lama. Dia memang sangat bekerja keras untuk semua adegan aksi itu.
Semoga Han So-hee baik-baik sahaja. Saya risau tengok kaki dia ada banyak lebam.
Jaga diri tau Han So-hee!