Ikuti Kami:

Kaji Gelombang Hallyu, KOFICE Kongsi Pelakon No 1 Korea Di Malaysia Pada 2023

Kaji Gelombang Hallyu, KOFICE Kongsi Pelakon No 1 Korea Di Malaysia Pada 2023

Sudah menginjak ke tahun 2023, namun gelombang Hallyu masih lagi utuh dan kuat pengaruhnya di Malaysia.

Terbaru, KOFICE atau Pertubuhan Korea Bagi Pertukaran Budaya Antarabangsa telah berkongsi laporan mengenai kajian mereka untuk Hallyu Antarabangsa bagi 2023.

Daripada apa yang dikongsikan, pelakon Korea yang paling popular di Malaysia jatuh kepada Lee Min-ho, diikuti dengan Song Ji-hyo, Hyunbin, Song Hye-kyo dan Lee Ji-eun (IU).

hallyu malaysia

Bagi artis pula, ranking itu didahului oleh BLACKPINK manakala BTS pula di tempat kedua. Ia kemudiannya diikuti oleh BIG BANG, IU dan TWICE.

Untuk kategori drama pula, penonton Malaysia memilih “Squid Game, “Extraordinary Attorney Woo”, “Tomorrow”, “Big Mouth” dan “All Of Us Are Dead”.

Setuju tak dengan ranking ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...