Ikuti Kami:

“Kahwin Please” – Penonton ‘Cair’ Lihat Sikap Gentleman Kim Soohyun Pada Kim Jiwon Ketika Rakaman ‘Queen Of Tears’

“Kahwin Please” – Penonton ‘Cair’ Lihat Sikap Gentleman Kim Soohyun Pada Kim Jiwon Ketika Rakaman ‘Queen Of Tears’

Mempunyai keserasian mantap dalam “Queen of Tears”, pasti ramai yang berharap agar Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won bercinta dalam kehidupan sebenar kan?

Baru-baru ini, saluran tvN telah memuat naik video di sebalik tabir untuk episod 11 dan 12 “Queen of Tears”, menunjukkan Kim Soo-hyun sebagai Baek Hyun-woo memeluk Hong Hae-in iaitu Kim Ji-won dalam adegan di mana wanita itu jatuh sakit di hospital.

Sedih selepas mengetahui keadaan isterinya itu semakin teruk, Baek Hyun-woo dengan tenang berkata kepadanya untuk tidak takut. Selepas pengarah menjerit “Cut!”, tindakan Kim Soo-hyun kepada Kim Ji-won pantas meraih perhatian.

Khususnya selepas rakaman untuk babak itu tamat, Kim Soo-hyun dilihat terus membelai rambut Kim Ji-won untuk menenangkannya selepas adegan yang penuh emosi itu.

Sebagai tindak balas, penonton rata-rata ‘cair’ melihat sikap gentleman Kim Soo-hyun dan berkata,

  • Mereka nampak macam pasangan sebenar.
  • Rasanya, berlakon drama sekali ni mesti boleh timbulkan rasa cinta antara para pelakon.
  • Kahwin please.

Mana tau kan mereka berjodoh 👀

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Insight

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...