Ikuti Kami:

“Kahwin Jom?” – Soalan Kim Jongkook Untuk Song Jihyo Buat Ahli ‘Running Man’ Syok

“Kahwin Jom?” – Soalan Kim Jongkook Untuk Song Jihyo Buat Ahli ‘Running Man’ Syok

Makin sakan ahli “Running Man” mengusik Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook sekarang ini!

Dalam salah satu misinya, kedua mereka berpasangan untuk meneka perkataan sambil menyarungkan fon kepala. Semasa menerangkan perkataan ‘matsun’ (janji temu yang diatur untuk bakal pasangan), dia menggunakan terma seperti ‘lelaki’, ‘wanita’, ‘kahwin jom’ buat Song Ji-hyo.

Meraih kesempatan, Yoo Jae-suk mula tersengih apabila Kim Jong-kook secara tak langsung mengajak Song Ji-hyo berkahwin.

Haha juga turut mengusik kedua mereka dan mengatakan bahawa dia mahu menyunting babak Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook kepada sesuatu yang lain sekaligus menyokong hubungan itu.

song jihyo kim jongkook

Selain itu, pelakon wanita itu turut menjelaskan harapannya untuk tahun 2020 nanti.

Bukannya mahu mencapai semua sekaligus, tapi membina secara perlahan, saya mahu mencari cinta dan kerjaya selain menjadi aktif pada tahun hadapan.

Yoo Jae-suk turut berjanji untuk membawa Yoon Eun-hye ke “Running Man” nanti dan menanyakan pandangan Kim Jong-kook mengenainya. Tak berpuas hati, Song Ji-hyo mempersoalkan mengapa pengacara itu tidak bertanyakan pandangan daripadanya selain berseloroh mengatakan yang dia tidak mahu Yoon Eun-hye menyertai rancangan tersebut.

Disokong Kim Jong-koon, namun Yoo Jae-suk mengambil peluang untuk menambah perisa,

Lagi pelik kalau awak membantahnya.

Tak cukup dengan itu, Yoo Jae-suk turut bersetuju dengan pendapat peminat yang mengatakan bahawa lelaki itu pastinya akan seronok sekiranya “Princess Hours” dihasilkan semula namun ianya diterajui oleh Kim Jong-kook, Song Ji-hyo dan Yoon Eun-hye.

Macam-macam betul mereka ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...