Ikuti Kami:

“Dia Lelaki Idaman Saya” – Song Jihyo, “Dia Semakin Comel Kini” – Kim Jongkook

“Dia Lelaki Idaman Saya” – Song Jihyo, “Dia Semakin Comel Kini” – Kim Jongkook

Makin berbunga-bunga nampaknya hubungan ‘cinta’ di antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dalam “Running Man” sejak kebelakangan ini.

Dalam episod terbaru program itu, kedua mereka kembali diasak dengan soalan cepumas daripada penonton pula. Kalau anda nak tahu, dalam episod kali ini, sebanyak 7,000 respon diterima apabila pihak produksi meminta peminat “Running Man” untuk menanyakan sebarang soalan buat mereka.

Antara salah satu pertanyaan yang diterima oleh Kim Jong-kook ialah “Saya merasakan Song Ji-hyo sangat comel.”

song jihyo kim jongkook

Jawab lelaki berbadan sasa itu sambil mengeluh,

Ya, dia sangat comel. Nampak bulat dan comel. Perlakuannya juga sangat comel. Saya sangat terkejut melihat tarian ‘Rollin’ olehnya. Saya rasa personalitinya makin comel sejak kebelakangan ini.

Song Ji-hyo pula ditanya mengenai persoalan sama ada hatinya pernah terusik kerana Kim Jong-kook. Dia mengakui pertanyaan itu dan mengatakan,

Dia seorang yang boleh diharap, sering menjaga saya dan juga berselera apabila makan.

song jihyo kim jongkook

Belum sempat habis penjelasan pelakon wanita itu, Yoo Jae-suk terus mengambil peluang untuk mengusik Kim Jong-kook,

Kalau awak nak dengar lagi apa katanya, hubungi Ji-hyo nanti.

 

Berseri-seri betul nampak Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo dalam episod terbaru “Running Man” ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...