Siapa yang menonton “Extraordinary Attorney Woo” pastinya dapat merasakan yang pelakon Joo Jong-hyuk kelihatan seiras dengan seseorang kan?
Sejak tayangan drama itu, ramai yang mengatakan bahawa lelaki itu nampak serupa dengan Yang Se-chan. Bahkan dia sendiri mengakui hal tersebut dan meluahkan rasa sukanya buat pelawak itu dalam sebuah tembual sebelum ini.
Terbaru, Yang Se-chan turut menerima soalan yang sama ketika menjadi tetamu ‘Talk Power 25 O’Clock’.
Kata Jun Hyun-moo ketika tayangan ini,
Awak patut meminta maaf terhadap seseorang. Terdapat seseorang yang mengganggu penonton untuk mendalami drama popular baru-baru ini iaitu ‘Extraordinary Attorney Woo’. Dia ialah Yang Se-chan. Katanya, ramai yang terbayang Yang Se-chan hingga tak boleh mendalami plot apabila melihat Kwon Min-woo.
Jelas Yang Se-chan,
Baru-baru ini, saya ada ke restoran dan seseorang telah menyapa dan mengatakan ‘Saya sedang menonton drama itu dengan baik’. Saya agak terkejut dan memikirkan ‘Kenapa?’ Rupanya ia adalah kerana ‘Woo Young-woo’.
Tambahnya,
Kang Ki-young dikatakan seiras Yoo Jae-suk. Kalau Joo Jong-hyuk keluar, Yang Se-chan kuat. Kalau Kang Ki-young keluar, macam Yoo Jae-suk keluar.
Hos lain tertawa dan berkata.
Ini macam ‘Running Man’.
Memang sama ke muka dorang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.