Kalau korang tengok Joo Jong-hyuk, mesti ada terbayang selebriti lain kan?
Selepas popular dengan drama “Extraordinary Attorney Woo”, pelakon tersebut menerima jemputan dari pelbagai projek termasuklah temuramah bersama majalah popular.
Termasuklah bersama majalah Harper’s Bazaar Korea baru-baru ini di mana dia menajwab banyak soalan peminat termasuklah mengenai raut wajahnya yang dikatakan seiras pelawak Yang Se-chan.
Apabila ditanya sama ada dia mengetahui tentang satu meme yang membandingkan wajahnya dan ahli “Running Man” itu, jawabnya,
Saya sudah banyak kali menontonnya, sampai terasa seperti dia abang saya. Yeah, memang ada persamaan.
Dia kemudiannya turut menghantar mesej video buat lelaki tersebut,
Suatu hari nanti, saya mahu memeluk awak jika kita bertemu. Saya sangat bertuah kerana mendengar awak dan saya seiras. Saya sayang awak.
Sama tak korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.