Ikuti Kami:

“K-Drama Bodoh” – Babak Kwak Dongyeon Dalam ‘Queen Of Tears’ Ini Dikritik Teruk

“K-Drama Bodoh” – Babak Kwak Dongyeon Dalam ‘Queen Of Tears’ Ini Dikritik Teruk

Kadang kala tak semua K-Drama itu menyampaikan info atau pun persepsi yang betul mengenai sesetengah perkara.

Kian popular kini, “Queen Of Tears” berjaya mendominasi ranking K-Drama paling popular di beberapa platform selain meraih rating melebihi 10% selepas bersiaran 4 episod sahaja. Wow!

Dalam drama itu diraikan semua, salah satu babak melibatkan watak Kwak Dong-yeon yang ditayangkan baru-baru ini telah menerima kritikan ramai. Babak itu menyampaikan mengenai kesukaran hidup watak Hong Soo-cheol semasa muda ketika sedang berburu di hutan,

Teringat semasa saya di Afrika, umur 20-an saya dipenuhi dengan hidupan liar dan kebiadaban.

Selepas babak itu bersiaran, penonton terutamanya dari Afrika meluahkan rasa kesal mereka kerana stigma masyarakat yang terus dipaksa ke atas mereka. Kata semua,

Apa masalah penulis ni?

 

Ingat kami masih lagi pakai baju sekerat dan berlumba dengan singa dan harimau ke?

 

Afrika ialah sebuah tempat yang dipenuhi kota bergemerlapan dan budaya unik. Penatlah dengan stigma rasis!

 

Apa lah yang ada dalam kepala mereka bila sebut mengenai hal ini..

 

Penulis K-Drama masih lagi bodoh.

Untuk pengetahuan, “Queen Of Tears” mengisahkan pasangan suami isteri kaya yang sudah hilang rasa sayang antara satu sama lain namun terpaksa menghadapi perasaan masing-masing dek satu insiden tak dijangka.

Kena kaji dulu kot sebelum tulis skrip..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...