Ikuti Kami:

Kim Soohyun, Kim Jiwon, Kwak Dongyeon & Pelakon Lain Kongsi Sebab WAJIB Layan ‘Queen Of Tears’

Kim Soohyun, Kim Jiwon, Kwak Dongyeon & Pelakon Lain Kongsi Sebab WAJIB Layan ‘Queen Of Tears’

Akhirnya, “Queen Of Tears” sudah pun memulakan tayangan di Netflix bermula kelmarin!

Dalam satu sidang media rasmi bersama wartawan APAC termasuk KimchiDaily, para pelakon utama iaitu Kim Soo-hyun, Kim Ji-won, Park Sung-hoon, Kwak Dong-yeon, Lee Joo-bin dan pengarah Kim Hee-won menceritakan lebih banyak mengenai drama itu.

Bagi yang tidak mengetahui, ia membawa kisah onak duri pasangan berumah tangga dan bagaimana mereka menanganinya.

queen of tears

Kredit: Netflix

Kepulangan Kim Soo-hyun

Menurut pengarah itu, sebab utama penonton perlu mengikuti naskhah ini adalah kerana kesemua lakonan hebat yang akan ditonjolkan,

Kelima-lima yang duduk di sini sudah pun menjelaskan segalanya. Saya pasti peminat yang menyertai hari ini sangat menyukai mereka.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah kepulangan Kim Soo-hyun dalam dunia K-Drama selepas 3 tahun menerusi watak Baek Hyun-woo,

Terima kasih kerana menunggu sekian lama untuk saya. Kami melalui penggambaran yang padat selama setahun untuk siri ini.

Bukan itu sahaja, Kim Soo-hyun meminta semua menantikan beberapa babak aksi yang akan dilakukannya meskipun drama itu dipromosikan sebagai drama romantik.

queen of tears

Kredit: Netflix

Keserasian mengujakan

Kim Ji-won juga turut sempat mengulas sebab dia memilih untuk menerajui “Queen Of Tears”,

Selepas membaca skrip, saya berasa teringin untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai setiap watak yang ingin saya ketahui apa akan terjadi pada mereka. Saya percaya penonton juga akan merasai perasaan yang sama.

Malah Kwak Dong-yeon, Park Sung-hoon dan Lee Joo-bin turut mendedahkan bahawa barisan pelakon dan pengarah serta penulis merupakan alasan ‘terkuat’ mereka teruja untuk menjadi sebahagian dari “Queen Of Tears”.

Ulas pengarah mengenai keserasian antara kesemua pelakon,

Ini adalah kali pertama mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri dan saya tak dapat bayangkan mereka menjalinkan hubungan sedemikian. Tapi saya sangat terkejut melihat keserasian mereka, jadi nantikan!

queen of tears

Kredit: Netflix

Babak dinantikan

Seronok mengusik semua, pengarah “Queen Of Tears” mengatakan bahawa penonton perlu meletakkan jangkaan tinggi buat adegan terakhir di episod ke-16. Tambah Kwak Dong-yeon yang berhati-hati tidak mahu mendedahkan terlalu banyak info,

Saya tak nak bagi spoiler. Disebabkan ia merupakan drama dengan 16 episod, jangkakan pelbagai plot twist yang tak dijangka.

Bagi Park Sung-hoon, dia memilih babak di episod ke-8 di mana ianya betul-betul di tengah siri berkenaan dan bakal menggegarkan asas utama plot,

Babak dengan helikopter.

Bukan itu sahaja, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won kerap menyebut mengenai penggambaran di Jerman di mana mereka mengatakan ianya akan menyentuh hati penonton dek adegan romantik ditemani pemandangan indah.

park sunghoon

Kredit: Netflix

Bagi yang dah teruja, jangan lupa menonton “Queen Of Tears” di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...