Ikuti Kami:

Junyoung ZE:A Nangis Mohon Maaf Isu Kontroversi Pandu Bawah Pengaruh Alkohol

Junyoung ZE:A Nangis Mohon Maaf Isu Kontroversi Pandu Bawah Pengaruh Alkohol

Moon Jun-young iaitu ketua kumpulan bagi ZE:A, muncul di saluran YouTube “Guilty-seok” pada 4 Jun lalu dan mendedahkan perasaannya mengenai isu kontroversinya baru-baru ini.

Moon Jun-young memohon maaf atas dua insiden memandu dalam keadaan mabuk, berkata,

Saya benar-benar minta maaf. Saya rasa ini adalah kecuaian saya seratus kali dan seribu kali.

Dia juga bercakap mengenai skandal penajaan sebelum ini yang melibatkan seorang ‘streamer’ Haru. Moon Jun-young menjelaskan,

Saya mahu memulakan perniagaan muzik jadi saya menghubungi seorang yang popular.

Sebelum ini, nama Jun-young muncul dalam talian sebagai joki siaran “Afreeca TV”, bernama Haru mendedahkan bahawa seorang ahli idola lelaki memintanya untuk memulangkan semua dermanya selepas penstriman itu, malah enggan bertemu dengannya secara peribadi.moon junyoungIa telah disindir oleh joki siaran tersebut bahawa idola lelaki itu telah menawarkan hubungan berkaitan kewangan penajaan dengan minat luar bidang perkerjaan. Apabila ditanya,

Adakah anda mempunyai perasaan romantik selain atas dasar pekerjaan?

Dia menjawab,

Saya fikir jika saya dapat bertemu dengannya secara peribadi, dia akan berubah fikiran.

Semasa video ini, Jun-young juga membaca beberapa komen negatif yang ditinggalkan dalam platform atas talian mengenainya. Apabila membaca ulasan tentang isu memandu di bawah pengaruh alkohol, dia memohon maaf sekali lagi,

Saya benar-benar minta maaf, saya benar-benar minta maaf.

Tidak mengapalah, diharapkan agar perkara sebegini tidak berulang dan dijadikan pengajaran. Kuatkan semangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...