Ikuti Kami:

Moon Joonyoung Didakwa Atas Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Moon Joonyoung Didakwa Atas Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Terbaru, terdapat satu kenyataan daripada pihak Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, apabila dikhabarkan seorang figura terkenal dari kumpulan ZE:A telah menyalahi undang-undang jalan raya.

Kenyataan itu disampaikan oleh ketua pendakwa raya itu sendiri, Jeong Jae-hoon secara dimana secara ringkasnya mendakwa Moon Joon-young, ketua kumpulan ZE:A, atas tuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana memandu dalam keadaan mabuk dengan denda sebanyak 8 juta won. Dakwaan ringkasan ialah satu proses di mana pihak pendakwaan meminta denda melalui pendengaran secara bertulis tanpa menyerahkan suspek ke perbicaraan rasmi mahkamah.

Terdahulu, Moon Joon-young didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol di Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul pada kira-kira 1:46 pagi pada 7 Mac lalu. Ketika itu, dia memandu secara berlawanan arah di sebuah jalan sehala. Pemandu yang datang dari seberang mendapati ia mencurigakan dan melaporkannya kepada polis.

Selepas itu, polis dari Balai Polis Gangnam dihantar untuk mengukur tahap alkohol Moon Joon-young dan mendapati dia mempunyai hasil pengukuran bersamaan dengan 0.113% yang mana jika hasil ukuran melebihi daripada 0.08%, ia boleh dianggap sebagai memandu dalam keadaan mabuk.moon jun youngMoon Joon-young menjelaskan melalui saluran YouTubenya,

Saya tidak sepatutnya memandu di bawah pengaruh alkohol. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan tentang itu dan saya minta maaf. 

Perkara ini sedang diselesaikan dengan baik oleh pihak berkuasa dan diharapkan ianya tidak akan menyusahkan mana-mana pihak selepas ini.

Semoga semuanya akan kembali baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...