Ikuti Kami:

Junho 2PM Akui Mahu Kembali Bersama Kim Woobin & Kang Haneul Jika Ada Sekuel ‘Twenty’

Junho 2PM Akui Mahu Kembali Bersama Kim Woobin & Kang Haneul Jika Ada Sekuel ‘Twenty’

Korang ingat lagi tak filem “Twenty” yang pernah disiarkan pada tahun 2015 lalu? Ha… ingat tak tiga jejaka yang jadi teraju utama filem itu?

Baru-baru ini, teraju utama filem “Twenty” iaitu Lee Jun-ho, mengadakan satu persembahan di Stadium SK Olympic, di Songpa-gu, Seoul. Persembahan “Lee Jun-ho 2022 FAN-CON ‘Before Midnight’ ” itu diadakan menerusi platform Beyond LIVE.

Setelah tamat persembahan, Jun-ho sempat mengadakan sedikit sesi perkongsian bersama para peminat yang hadir. Dia berkongsi mengenai beberapa drama lakonannya dan yang paling diingatinya adalah filem “Twenty”. junhoFilem itu turut menampilkan pelakon, Kim Woo-bin dan Kang Ha-neul yang menjadi gandingan kepada Lee Jun-ho. Dia berkata,

Filem itu dirakamkan sewaktu musim panas dan pada waktu itu, terdapat satu tempat yang sering dilalui oleh kapal terbang. Saya mengingati tempat itu kerana kami sangat sukar untuk merakamkan babak kerana kapal terbang sering lalu sewaktu saya tengah melakonkan babak saya. 

Kim Woo-bin juga sebelum ini, pernah berkongsi mengenai filem “Twenty” juga sewaktu sesi temu bual bagi filem “Alien”. Kim Woo-bin juga sering berjumpa dengan pengarah Lee Byeong-heon dan dia mengajak Kim Woo-bin untuk menyambung penggambaran bagi “Thirty” pula. Namun, mereka berdua khuatir dengan jadual aktiviti Jun-ho kerana dia kelihatan agak sibuk. junhoMenjawab kepada perkara tersebut, Jun-ho berkata bahawa,

Saya boleh mencari masa yang sesuai untuk penggambaran tersebut. Malah, saya turut merasakan bahawa, ianya sangat mengujakan jika kami bertiga, iaitu saya bersama Kim Woo-bin dan Kang Ha-Neul dapat kembali dalam satu skrin bersama. Tambahan pula, umur kami bertiga adalah sebaya, jadi saya rasa kami sudah selesa dengan satu sama lain. Saya sangat teruja untuk peluang ini.

Kalau Jun-ho pun teruja untuk dorang bertiga kembali berlakon bersama, korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...