Bakal Bertemu Peminat, Junho 2PM Adakan Konsert Peminat ‘Before Midnight’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Jun-ho 2PM berjaya menunjukkan kemampuannya untuk meraih populariti selepas debut sebagai pelakon dan tampil dalam beberapa projek hiburan popular.
Artikel Berkaitan
Penyanyi dan pelakon Jun-ho telah melancarkan satu poster untuk ‘fan-con’ “Before Midnight”. Acara ini akan berlangsung pada 12 Ogos sehingga 14 Ogos dan bertempat di SK Olympic Park, Songpa-gu Seoul. Acara ini juga akan disiarkan secara atas talian menerusi Beyond LIVE pada 14 Ogos akan datang.
Untuk tiket penjualan bagi ‘fan-con’ sudah pun bermula pada 11 dan 12 Julai lalu adalah untuk ahli kelab peminat 2PM bagi peringkat ‘Gold’ dan ‘Silver’. Bagi ahli kelab peminat yang lain sudah mula membeli tiket pada 14 Julai dan penjualan tiket tersebut semuanya ‘sold out’!
Jun-ho dikhabarkan sudah membuat persiapan untuk persembahan yang mampu memberi kenangan manis buat peminat sewaktu acara ‘fan-con’ yang akan datang.
Untungla peminat yang boleh pergi jumpa Jun-ho tu…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




