Ikuti Kami:

Nilai Cecah RM2.5 Juta, Ini 3 Kereta Mewah Dimiliki Lee Junho 2PM

Nilai Cecah RM2.5 Juta, Ini 3 Kereta Mewah Dimiliki Lee Junho 2PM

“TMI Show” telah berkongsi kereta mahal dimiliki oleh selebriti Korea!

Daripada ranking yang dikongsikan itu, ramai yang tertarik melihat beberapa kerete dimiliki Lee Jun-ho dari 2PM.

Menduduki di tangga kedua, idola dan pelakon itu dikhabarkan memiliki tiga buah kereta mewah yang berjumlah 726 juta won (RM2.5 juta).

lee junho kereta

Salah satu daripadanya ialah kereta McLaren yang digunakan dalam satu trailer comeback 2PM. Ianya merupakan kereta lumba berkuasa tinggi dari United Kingdom selain dipilih sebagai kereta tercantik di Festival Automobil Antarabangsa 2019 dan turut digunakan dalam filem “Fast & Furious”. Dengan kelajuan tertinggi sebanyak 341km/h, ianya bernilai 359 juta won (RM1.2 juta).

lee junho kereta

Bukan itu sahaja, sebuah kereta lumba Itali mewah telah dilihat berada di rumah Lee Jun-ho. Ianya merupakan jenama Lamborghini dengan harga 234 juta won (RM813,672). Kereta lain yang dimilikinya ialah Hyundai yang turut muncul dalam salah satu rancangan hiburan.

lee junho kereta

Jika dikira secara keseluruhan, Lee Jun-ho memiliki tiga kereta mewah yang mencecah harga 726 juta won secara keseluruhan. Hebat!

Bestnya Jun-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...