Ikuti Kami:

Jungkook Jadi Ahli Pertama BTS Bakal Lancar Projek Folio Foto ‘Me, Myself & Jung Kook’

Jungkook Jadi Ahli Pertama BTS Bakal Lancar Projek Folio Foto ‘Me, Myself & Jung Kook’

Nampaknya, Jung-kook BTS akan menyediakan sesuatu yang istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 akan datang!

Pada 12 Ogos, Big Hit telah melancarkan foto misteri Jung-kook sekaligus mengumumkan bahawa BTS akan memulakan projek folio foto. Menurut agensi,

Jung-kook, yang merupakan ahli pertama dalam projek baharu BTS, memilih konsep ‘kuat’ yang belum pernah didedahkan sebelum ini dan menafsirkannya semula dalam gayanya sendiri untuk melengkapkan penampilan baharu yang luar biasa.

Big Hit mendedahkan bahawa Jung-kook akan menjadi ahli pertama BTS yang akan memulakan projek ‘Photo Folio’ akan datang. Turut dilaporkan bahawa Jung-kook juga telah mengambil bahagian dalam keseluruhan kerja untuk penggambaran itu, dari konsep, fesyen, prop dan lain-lain.

jungkook bts

Projek ‘Photo Folio’ Jung-kook yang diberi nama ‘Me, Myself, and Jung Kook’ akan dikeluarkan pada 1 September ini, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...