Ikuti Kami:

“Jungkook BTS Pun Datang..” – Ramai Rakan Artis Sokong Yeo Jingoo Untuk Filem ‘Ditto’

“Jungkook BTS Pun Datang..” – Ramai Rakan Artis Sokong Yeo Jingoo Untuk Filem ‘Ditto’

Baru-baru ini, Yeo Jin-goo telah terlibat dengan satu temu bual bagi mempromosikan filemnya akan datang berjudul “Ditto”.

Untuk pengetahuan, “Ditto” adalah filem remake yang akan mengikuti kisah seorang wanita yang hidup pada penghujung 1970-an yang hidupnya terjalin dengan seorang lelaki yang hidup pada masa kini, selepas dua individu secara tidak sengaja dihubungkan melalui radio lama. Ianya turut dibintangi Jo Yi-hyun, Kim Hye-yoon, Na In-woo dan Bae In-hyuk.

Ketika sesi temu bual, Yeo Jin-goo berkongsi bahawa dia adalah peminat filem asal ini sambil meluahkan perasaannya,

Ia adalah impian saya untuk membintangi filem percintaan remaja sebelum usia 20-an saya berakhir. Selepas saya membaca skrip, saya terus mahu lakukan penggambaran.

yeo jingoo ditto

Kemudian, pelakon itu turut berkongsi bahawa ramai rakan artis yang hadir di tayangan perdana filem “Ditto”, bagi memberi sokongan buatnya. Dedahnya,

Ramai orang datang ke tayangan perdana VIP semalam. Senior Yoo Ji-tae datang ingin memberikan semangat dan kami turut bergambar bersama.

Tambahnya lagi,

Senior Choi Min-soo dan isterinya juga datang. Ju Ji-hoon, Min-ho SHINEE, pelakon dari drama ‘Link: Eat, Love, Kill’, Im Si-wan, Park Bo-gum, Kim Soo-hyun dan Jung-kook BTS turut hadir memberikan sokongan buat saya.

filem ditto

Dalam pada itu, filem “Ditto” bakal ditayangkan pada 16 November nanti. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...