Ikuti Kami:

“Tetap IU..” – Yeo Jingoo Akui Akan Pilih IU Dari Jungkook BTS Dalam Situasi Ini

“Tetap IU..” – Yeo Jingoo Akui Akan Pilih IU Dari Jungkook BTS Dalam Situasi Ini

Peminat pastinya tahu bahawa Yeo Jin-goo merupakan sahabat baik kepada Jung-kook BTS dan juga IU.

Beberapa hari lepas, Yeo Jin-goo dan Cho Yi-hyun telah tampil dalam saluran YouTube “Yong-jin’s Health Care Center” yang diacarakan oleh penghibur Lee Yong-jin dan penari Gabee. Khususnya, penampilan kedua pelakon itu adalah untuk mempromosikan filem mereka akan datang “Ditto”.

Ketika sedang berborak, Yeo Jin-goo ditanya oleh dua pengara itu,

Jika awak kebetulan melihat panggilan tidak dijawab dari IU dan Jung-kook pada telefon di masa yang sama, siapa yang awak akan hubungi semula dahulu?

Bagi yang belum tahu, Yeo Jin-goo merupakan kawan kepada Jung-kook disebabkan umur mereka yang sama dan mula rapat dengan IU menerusi drama “Hotel Del Luna”. Mendengar soalan itu, pelakon tersebut memberi respon,

Wah, susah. Tetapi memandangkan kita tinggal di Korea, negara orang yang berbudi bahasa di Timur, saya harus menghubungi semula IU dahulu, kerana dia lebih tua daripada saya.

yeo jingoo iu jungkook

Kurang berpuas hati dengan respon Yeo Jin-goo, Lee Yong-jin bertanya kembali,

Baiklah, bagaimana jika Korea bukan negara orang yang berbudi bahasa di Timur? Saya benar-benar mahu membuang tanggapan ini! Kita buang sahaja tanggapan itu buat masa ini, okay? Awak tidak perlu menghormati seseorang yang lebih tua daripada awak.

Nampaknya, Yeo Jin-goo tetap dengan pendiriannya dan memberi jawapan,

Tetap IU. Saya rasa seorang noona (kakak) patut diutamakan terlebih dahulu sebelum kawan.

Tonton video penuh Yeo Jin-goo dan Cho Yi-hyun dalam program “Yong-jin’s Health Care Center” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...